Masa yang berlalu tidak akan kembali...

on Friday, February 11, 2011
Perkara yang paling menggembirakan saya yang berlaku pada tahun 2010: 


Perkara yang paling menggembirakan saya ialah saya diterima menuntut di Maktab Rendah Victoria. :) Saya rajin bekerja untuk permohonan saya, dan saya amat gembira dan bangga terhadap kejayaan saya. 


Perkara yang mengecewakan kamu pada tahun 2010 dan pengajaran yang saya raih daripada pengalaman itu: 


Perkara yang mengecewakan saya ialah saya tidak mendapat keputusan jangkaan saya di dalam peperiksaan akhir tahun saya. Pengajaran yang saya raih daripada pengalaman ini adalah untuk selalu mengulangkaji pelajaran sekolah saya.


Sikap buruk atau perkara-perkara negatif yang saya ingin kiikis atau ubah dan caranya: 


Sikap buruk saya yang saya mahu kikis ialah kedegilan saya. Saya mahu mencuba untuk menerima pendapat orang-orang lain dengan lebih baik lagi. :) 

Azamku

10 azam yang saya ingin capai pada tahun ini: 


1. Menjalin persahabatan dengan ramai orang lain. 
2. Mendapatkan keputusan yang cemerlang. 
3. Menjadi lebih bertanggungjawab. 
4. Belajar berspatu roda. 
5. Terus berhubungan dengan kawan-kawan sekolah lama saya. 
6. Lulus Bahasa Melayu Lanjutan. 
7. Berhenti makan makanan ringan. 
8. Berfokus lebih kepada pelajaran. 
9. Berdisiplin untuk membuat kerja sebelum bermain. 
10. Mengurangkan penggunaan "Facebook". 


3 azam yang sangat penting kepada diri saya dan langkah yang saya akan ambil untuk mencapainya: 


Azam pertama saya adalah untuk menjalin persahabatan dengan ramai orang lain. Azam ini penting kerana saya seorang yang peramah, dan suka berkawan. Saya mahu berkawan dengan seberapa ramai ornag yang mungkin. 


Azam kedua saya adalah untuk terus berhubung dengan kawan-kawan sekolah lama saya dan azam ini penting kerana kawan-kawan ini selalu menyokong saya dan saya patut tidak melupakan mereka sebab kini saya menuntut di sekolah lain. 


Azam ketiga saya adalah untuk mengurangkan penggunaan Facebook kerana ia menganggu tumpuan saya terhadap pelajaran. 


Langkah-langkah yang akan saya ambil ialah dengan berbual-bual dengan orang baru, sering pergi ke sekolah lama saya dan hanya menggunakan Facebook selama satu jam setiap hari. 


Saya berjanji akan memastikan tahun 2011 sebuah tahun baik! 

Kenali Saya (:

on Wednesday, February 9, 2011
Nama: Eri Aung

Tarikh Lahir: 07 Ogos 1996

Keluarga: Saya mempunyai seorang adik kembar yang bernama Yuri, dan seorang adik perempuan, berumur sembilan tahun, yang bernama Miri.

Buku: Saya suka buku jenayah seperti "The Girl With The Dragon Tattoo".

Muzik: Saya suka muzik dari "Billboards".

Filem: Saya suka filem "romantic comedies".

Bidang: Bahasa Ingerris. (:

Negara: Saya suka negara Eropah kerana saya tinggal di London selama beberapa tahun.

Idola: Idola saya ialah adik kembar saya kerana dia sangat rajin bekerja dan selalu menghabiskan apa-apa yang perlu dia buat dengan baik.

5 Perkara yang saya suka:

1. Saya suka mendengar muzik. B-)
2. Saya suka berbual dengan kawan-kawan. (:
3. Saya suka boling.
4. Saya suka menonton televisyen, atau bermain komputer.
5. Saya suka tidur. ZZZ.

5 Perkara yang saya benci:

1. Saya benci berlari.
2. Saya benci peperiksaan.
3. Saya benci tekanan.
4. Saya benci orang yang jahat.
5. Saya benci bergaduh dengan kawan-kawan atau adik-beradik saya.

Kekuatan saya ialah:

- Bahasa Ingerris
- Menulis karangan (Bahasa Ingerris)
- Boling
- Berkawan dengan orang baru (:
- Saya selalu gembira. (:
- Drama <3
- Saya suka menolong orang-orang lain.

Kelemahan saya ialah:

- Bahasa Melayu.
- Saya sangat degil dan keras kepala.
- Saya tidak suka bercakap dalam bahasa-bahasa lain.
- Saya tidak senang memaafkan orang yang berbuat salah terhadap diri saya, atau diri adik saya.

Prinship hidup saya ialah untuk hidup dengan gembira. (: 


Cita-cita saya ialah saya mahu menjadi seorang doktor.

Pada tahun ini, saya berazam untuk:

1. Memperkuat penguasaan bahasa saya.
2. Mendapatkan keputusan yang cemerlang.
3. Menjalin persahabatan dengan semua kawan sekelas saya.

~ Eri (: