Azamku

on Friday, February 11, 2011
10 azam yang saya ingin capai pada tahun ini: 


1. Menjalin persahabatan dengan ramai orang lain. 
2. Mendapatkan keputusan yang cemerlang. 
3. Menjadi lebih bertanggungjawab. 
4. Belajar berspatu roda. 
5. Terus berhubungan dengan kawan-kawan sekolah lama saya. 
6. Lulus Bahasa Melayu Lanjutan. 
7. Berhenti makan makanan ringan. 
8. Berfokus lebih kepada pelajaran. 
9. Berdisiplin untuk membuat kerja sebelum bermain. 
10. Mengurangkan penggunaan "Facebook". 


3 azam yang sangat penting kepada diri saya dan langkah yang saya akan ambil untuk mencapainya: 


Azam pertama saya adalah untuk menjalin persahabatan dengan ramai orang lain. Azam ini penting kerana saya seorang yang peramah, dan suka berkawan. Saya mahu berkawan dengan seberapa ramai ornag yang mungkin. 


Azam kedua saya adalah untuk terus berhubung dengan kawan-kawan sekolah lama saya dan azam ini penting kerana kawan-kawan ini selalu menyokong saya dan saya patut tidak melupakan mereka sebab kini saya menuntut di sekolah lain. 


Azam ketiga saya adalah untuk mengurangkan penggunaan Facebook kerana ia menganggu tumpuan saya terhadap pelajaran. 


Langkah-langkah yang akan saya ambil ialah dengan berbual-bual dengan orang baru, sering pergi ke sekolah lama saya dan hanya menggunakan Facebook selama satu jam setiap hari. 


Saya berjanji akan memastikan tahun 2011 sebuah tahun baik! 

0 comments:

Post a Comment