Surat Kiriman Rasmi

on Friday, August 26, 2011

Hasnita Bin Hassan
Blok 272 Jalan Cempaka
#03-590
Singapura 230272

28 Mac 2011

Pegawai Penyiastan
Bahagian Jenayah
Pusat Polis Kejiranan Taman Cempaka
25 Jalan Cempaka
Signapura 230225

Tuan

Perkara: Aduan Terhadap Kadar Jenayah di Estet Perumahan yang Semakin Meningkat

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku penduduk di estet perumahan Taman Cempaka yang ingin mengadukan kepada pihak tuan tentang kadar jenayah di estet perumahan ini. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa kadar jenayah ini semakin meningkat, dan ini menimbulkan pelbagai masalah dan kesan kepada penduduk-penduduk estet perumahan ini. Oleh itu, masalah kadar jenayah ini patut diselesaikan dengan segera.

                Masalah ini membentukkan sebuah isu yang amat serius terhadap keselematan dan kedamaian estet perumahan ini. Hanya minggu lepasnya, beg jiran saya diragut oleh seorang pencuri yang melarikan diri dengan sekurang-kurangnya satu ratus dolar. Tambahan pula, ini bukan sesuatu peristiwa yang jarang berlaku; ramai jiran-jiran saya sudah mengadu tentang kekurangan keselematan dan kadar jenayah yang tinggi di dalam estet perumahan ini.

                Masalah jenayah yang paling kerap berlaku adalah kes kecurian. Keseringan kes kecurian ini amat mencemaskan kerana kebanyakan penduduk di estet perumahan ini menjadi mangsanya. Ada banyak kes di mana seseorang pemuda yang biasanya berpakaian gelap meragut beg tangan atau menyeluk saku penduduk estet perumahan ini, lalu melarikan diri dengan pantas. Mangsa mereka biasanya di dalam golongan umur lima puluh ke tujuh puluh tahun, kerana penduduk-penduduk ini tua dan tidak boleh mengejar pencuri-pencuri ini.

                Pembukaan sekolah menengah baru di estet perumahan ini juga menimbulkan pelbagai masalah. Ramai pelajar-pelajar nakal suka berhimpun di kolong blok-blok estet perumahan ini untuk merokok, menghisap dadah dan merokok. Mereka juga suka menganggu penduduk-penduduk yang berlalu di situ, dan jikalau  mereka mabuk, boleh mula perlawanan-perlawanan ganas dengan remaja-remaja lain. Keganasan ini membahayakan persekitaran estet perumahan ini, kerana kumpulan pelajar-pelajar nakal ini tidak dapat diduga dan muda untuk membuatkan marah.

                Di samping itu, tapak pembinaan yang kedekatan dengan estet perumahan ini juga menimbulkan pelbagai masalah. Pekerja-pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan itu selalunya berlegar-legar di kawasan sekolah dan sekelilinginya dan ada kes di mana pekerja-pekerja ini mencabul kehormatan wanita-wanita yang berjalan kesatuan di sana. Pelajar-pelajar sekolah menengah itu juga mengadu tentang pekerja-pekerja asing ini yang suka menganggu pelajar-pelajar perempuan apabila mereka berjalan balik ke rumah.

                Sebuah lagi masalah yang pihak tuan perlu diberitahu tentang adalah vandalisme di estet perumahan ini. Di banyak tempat-tempat awam, seperti kolong blok dan taman permainan, pemuda-pemuda menggunakan cat sembur untuk mengecat kekasaran kepada dinding. Tambahan pula, terdapat kes di mana remaja-remaja yang nakal pergi mengecat kekasaran kepada pintu rumah penduduk di estet ini. Penjenayah itu juga memecahkan tingkap-tingkap dan menconteng kereta-kereta yang diletak di estet perumahan ini.
                Antara kesan-kesan masalah ini terhadap penduduk-penduduk estet perumahan ini ialah penduduk-penduduk tidak berasa selamat berjalan di kawasan-kawasan tempat rumah mereka, yang juga divandalisme oleh kumpulan pemuda-pemuda yang suka menganggu mereka. Penduduk-penduduk juga perlu berhati-hati di mana-mana sahaja, dan selalu tinggal dalam risiko.

                Untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, saya menyiapkan beberapa saranan untuk membantu pihak tuan dengan masalah ini. Saranan pertama saya adalah untuk menubuhkan kamera kawalan keselamatan di seluruh kawasan estet perumahan ini. Kamera-kamera ini akan menghalang remaja-remaja nakal daripada membuat bising atau menganggu penduduk-penduduk dan juga akan membantu pihak tuan menangkap pencuri-pencuri kerana mereka boleh dikenali oleh gambar.

                Saya juga berpendapat bahawa pihak tuan boleh membuat rondaan estet perumahan ini untuk memastikan kumpulan pemuda-pemuda atau pelajar-pelajar tidak berhimpun dan membuat bising. Dengan membuat rondaan, saya berharap pihak tuan boleh mengurangkan kes vandalisme di estet perumahan ini juga kerana pesalahnya boleh ditangkap dengan cepat. Pihak tuan juga boleh mendenda penjenayah-penjenayah ini yang membuat nakal untuk menghalang mereka daripada membuatnya lagi.

                Selain itu, pihak tuan juga boleh berbincang dengan pihak sekolah menengah itu dan penyelia pekerja-pekerja asing untuk memastikan sebuah perjanjian tentang hukuman pesalahnya dan langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil.

                Di samping itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan kursus pendidikan untuk pelajar-pelajar sekolah itu dan pekerja-pekerja asing tentang salahnya berjenayah. Kursus ini boleh membuat mereka lebih sedar terhadap bahaya-bahaya dan hukuman-hukuman berjenayah dan mungkin akan mengurangkan kadar jenayah di estet perumahan ini.

                Saya berharap pihak tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan yang saya telah dikemukakan dan menggunakan jikalau perlu. Dengan itu, saya harap pihak tuan akan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah kadar jenayah di estet perumahan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar


Hasnita Bin Hassan

- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011
               


Dialog

Pelaku: Shameen dan Amirah

Tempat: Bilik darjah

Masa: Semasa waktu rehat



Kelas 2D adalah hampir kosong. Kebanyakan pelajar-pelajar telah bergerak ke kantin untuk waktu rehat, kecuali Amirah dan Shameen. Amirah sedang mengemas begnya kerana dia perlu meninggalkan sekolah awal, untuk pelantikan dengan seseorang doktor. Shameen, sahabat karinya, sedang membantunya mengemas kepunyaannya. Shameen, yang jarang sekali pergi ke doktor-doktor, mula berbincang dengan Amirah tentang kebaikan jenis-jenis perubatan yang berbeza.



Shameen: Amirah, kenapa awak perlu meninggal sekolah awal hari ini?

Amirah: Oh, saya ada pelantikan dengan doktor keluarga saya. Ibu saya takut saya jatuh sakit kerana hari-hari sekolah amat panjang. Dia mahu doktor kita mempreskripsikan perubatan untuk menenangkan badan dan minda saya.

Shameen: Eh, kenapa perlu doktor? Jikalau saya jatuh sakit, ibu saya menggunakan perubatan alternatif sahaja.

Amirah: Perubatan alternatif? Apa itu?

Shameen: Perubatan alternatif adalah perubatan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Contohnya macam aromaterapi dan akupunktur. Awak tidak mengalaminya?

Amirah: Tidak, saya hanya pergi ke doktor-doktor untuk perubatan. Perubatan alternatif seperti itu tidak boleh dipercayai; ia tidak selamat.

Shameen: Perubatan alternatif itu sebenarnya amat selamat. Ia lebih selamat daripada perubatan moden dan saintifik! Kerana bahan-bahannya dari alam semula jadi dan tidak menggunakan dadah, perubatan alternatif tidak menyebabkan kesan sampingan dan sesuai untuk semua orang.

Amirah: Itu memang benar, tetapi perubatan moden dan saintifik dibuktikan dengan eksperimen saintifik, dan sudah pasti benar mencegah dan menyembuhkan penyakit. Perubatan alternatif tidak mempunyai kebuktian seperti itu. Ia juga diberikan oleh orang-orang yang mempunyai pakar yang tinggi seperti doktor.

Shameen: Ya, tetapi itu mengecualikan orang-orang yang tidak mempunyai pakar tinggi dari menggunakan perubatannya. Perubatan alternatif lebih baik, kerana ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia mudah diperolehi dan mudah digunakan. Tambahan pula, ia tidak mahal.

Amirah: Jikalau sesiapa sahaja boleh menggunakan perubatan alternatif, perubatan itu akan bahaya. Orang-orang yang tidak tahu perubatannya dengan dalam akan mudah membuat kesilapan. Perubatan moden dan saintifik jarang menyebabkan kesilapan atau kemalangan.

Shameen: Perubatan moden dan saintifik melanggar etika hukum alam. Ia mengorbankan binatang untuk membuktikannya, dan oleh itu, tidak menyelamatkan bumi. Perubatan alternatif, dengan bahan-bahan semula jadinya, tidak merosakkan bumi.

Amirah: Perubatan moden dan saintifik ada kebaikan juga. Walaupun binatang-binatang dikorban untuk membuktikannya, perubatannya boleh menyembuhkan penyakit-penyakit serius dan menyelamatkan kehidupan seseorang. Walaupun perubatan alternatif lebih baik untuk bumi, ia tidak boleh menyembuh penyakit serius.

Shameen: Ya, perubatan alternatif tidak boleh menyembuh penyakit serius, tetapi ia boleh mencegah penyakit seperti itu. Bahan-bahannya boleh dimakan, dan oleh itu, perubatannya boleh diambil dengan kerap untuk memperkuatkan sistem ketahanan tubuh seseorang. Pada pendapat saya, pencegahan lebih baik daripada perubatan.

Amirah: Itu memang benar, tetapi perubatan alternatif tidak terbuka kepada semua budaya dan agama. Ada agama-agama tertentu yang mempercayai bahawa perubatan alternatif tidak selamat untuk diri mereka, dan oleh itu, perubatan alternatif amat eksklusif.

Shameen: Kedua-dua perubatannya ada kebaikan dan keburukan. Pada pendapat saya, seseorang pasti mencuba kedua-duanya dan selepas itu, memilih perubatan yang lebih sesuai untuk dirinya.

Amirah: Itu memang sikap yang betul. Eh, maaf, saya mesti pergi untuk pelantikan saya dengan doktor! Jumpa lagi!



Amirah dan Shameen kini lebih menyedari tentang kebaikan dan keburukan jenis-jenis berbeza perubatan terhadap diri seseorang. Walaupun mereka kedua suka perubatan yang berbeza, mereka bersetuju bahawa kedua-dua perubatannya berguna dan mesti ditetapkan di masyarakat kita. Untuk menggalakkan mereka dari keperluan perubatan ini, mereka juga bersetuju untuk hidup dengan lebih sihat.

- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011

Dialog



Pelaku: Abdullah dan Syahindah

Tempat: Bilik darjah

Masa: Sementara waktu rehat



Abdullah dan Syahindah merupakan pelajar dari kelas yang sama dan juga sahabat yang erat seperti isi dengan kuku. Pada hari itu, guru darjah mereka memberitahu kelas bahawa sebuah ujian akan diadakan pada hari Selasa. Selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah, semua pelajar mula bergegas ke kantin untuk waktu rehat. Beberapa daripada mereka mula berbincang tentang kaedah mengulang kaji mereka. Abdullah dan Syahindah, yang tidak berasa lapar, ditinggalkan di kelas dan mula berbual-bual.

Abdullah: Eh, Syahindah, bagaimana dengan kajian awak? Awak berasa sedia untuk ujiannya? Pada pendapat saya, saya memerlukan lebih masa untuk menghabiskan kajian saya. Awak mahu mengulang kaji dengan saya?

Syahindah: Ya, saya juga memerlukan lebih masa untuk menghabiskan kajian saya. Di mana awak mahu mengulang kaji? Saya tidak boleh berfokus di rumah – adik saya tidak bersekolah dan amat bising.

Abdullah: Saya tidak boleh berfokus di rumah juga. Jiran-jiran saya sedang mengubah suai rumah mereka, dan tapak pembinaan itu sangat mengganggu. Bagaimana dengan restoran MacDonalds?

Syahindah: Awak mahu mengulang kaji di MacDonalds? Itulah sebuah restoran makanan segera. Kita tidak boleh mengulang kaji di sana!

Abdullah: Kenapa tidak boleh? Saya selalu mengulang kaji sebelum peperiksaan di restoran-restoran makanan segera. Restoran-restoran seperti itu tempat baik untuk mengulang kaji.

Syahindah: Ada ramai orang dari semua golongan masyarakat di restoran- restoran makanan segera. Bagaimana awak boleh berfokus? Mereka pasti tidak akan mengulang kaji seperti awak, dan akan berbual-bual dan membuat bising sahaja.

Abdullah: Itu hanya pada masa-masa hidangan. Sebenarnya, pada masa petang, tidak ada ramai orang di restoran-restoran makanan segera. Saya juga pergi kepada restoran-restoran di tempat yang tidak semakin sesak. Oleh itu, suasana restoran-restorannya tidak bising dan saya boleh berfokus.

Syahindah: Walau bagimanapun, susah untuk restoran-restoran seperti itu seluruhnya senyap sahaja. Tentu sesuatu akan mengganggu awak di tempat yang awam seperti itu. Keadaan itu, di mana semua orang tidak berfokus, tidak mendorong murid-murid untuk mengulang kaji.

Abdullah: Bukan, sebenarnya, restoran-restoran makanan segera sebuah tempat yang amat mendorong untuk murid-murid mengulang kaji. Saya pergi mengulang kaji dengan kawan-kawan beberapa hari, dan apabila semua kawan-kawan sedang berfokus, awak akan lebih mendorong untuk mengulang kaji dengan tumpuan sepenuhnya.

Syahindah: Itulah hanya jikalau kawan-kawan yang sedang awak mengulangkaji dengan mahu berfokus. Bagaimana jikalau mereka hanya mahu bermain-main sahaja?

Abdullah: Itu memang betul. Oleh itu, kita mesti memilih kawan-kawan untuk mengulang kaji dengan baik. Jikalau semua orang berfokus dan mengulang kaji, tentu semua akan mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan itu.

Syahindah: Mungkin restoran-restoran makanan segera benar-benar sebuah tempat yang mendorong untuk mengulang kaji tetapi bagaimana awak berada di situ untuk masa lama? Tentu pekerja di restoran- restoran tidak akan membenarkan awak hanya duduk mengulang kaji sahaja.

Abdullah: Kita tidak hanya menduduk sahaja! Untuk sekumpulan murid, kita memesan beberapa minuman dan berkongsi minuman itu. Dengan minuman itu, kita boleh duduk untuk beberapa jam. Apabila pekerja mereka meminta, kita boleh memesan lebih minuman. Dengan itu, kita boleh berada di restoran-restoran itu untuk masa lama.

Syahindah: Eh! Bagaimana boleh begitu? Awak akan menggunakan meja-meja restoran itu! Orang lain yang pergi untuk makan di restoran itu perlu meja.

Abdullah: Ada banyak meja-meja lain di mana mereka boleh duduk. Tambahan, kita hanya mengulang kaji di restoran-restoran seperti itu pada masa petang, dan tidak ada ramai pelanggan semasa itu.

Syahindah: Walau bagaimanapun, jikalau awak menggunakan semua mejanya dan restoran itu kelihatan sesak, tentu pelanggan tidak akan mahu makan di restoran itu? Awak hanya menjejaskan perniagaan restoran itu.

Abdullah: Pada pendapat saya, kita menolong restoran itu. Dengan kelihatan lebih pelanggan, orang-orang akan berpendapat yang restoran itu popular kerana makanan sedap dan akan lebih mahu makan di sana.

Syahindah: Itu bergantung kepada pelanggan-pelanggan sahaja. Jikalau awak berkata mengulang kaji di restoran-restoran makanan segera sebaik itu, saya akan mencubanya. Boleh kita mengulang kaji di MacDonalds Tampines pada hari Ahad?
Abdullah dan Syahindah kini lebih menyedari tentang kebaikan dan keburukan mengulang kaji di tempat awam seperti restoran-restoran makanan segera sebelum peperiksaan. Walaupun mengulang kaji di restoran-restoran seperti itu boleh mendorong, kedua mereka bersetuju bahawa mengulang kaji di rumah lebih mendorong. Mereka berusaha untuk tetap mengulang kaji dengan tumpuan penuh, di rumah atau di restoran-restoran makanan segera. Dengan ini mereka akan mendapat markah yang cemerlang untuk ujian itu, tidak kira tempat di mana mereka mengulang kaji.


- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011

Dialog


Pembetulan



Pelaku 1: Aisyah

Pelaku 2: Nora

Masa: Tiga petang

Tempat: Rumah Aisyah



Aisyah dan Nora merupakan sahabat yang erat. Mereka baru habis menyiapkan sebuah projek sekolah tentang pekerjaan-pekerjaan yang warga asing biasa dapat apabila mereka datang ke Singapura. Pekerjaan yang paling popular dalam golongan perempuan adalah sebagai seorang pembantu rumah. Walaupun pekerjaan ini kelihatan senang, ramai pembantu rumah menghadapi masalah mendapatkan hari cute. Aisyah dan Nora berasa hairan dan mula membincangkannya.



Aisyah: Kasihan, perempuan ini. Mereka hanya mahu mempertingkatkan standard hidup keluarga mereka, tetapi dihukum dengan masa bekerja yang amat panjang serta meletihkan. Tambahan pula, ada majikan yang tidak membenarkan mereka bercuti. Cis, majikan yang jahat seperti itu menyebabkan kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pembantu rumah.

Nora: Eh, kenapa Aisyah berfikir semacam itu? Pembantu rumah tidak memerlukan masa rehat. Mereka patut gembira dan berterima kasih kerana mempunyai pekerjaan! Ramai orang yang tidak ada pekerjaan, dan mereka sudah mendapatkannya, dengan keadaan baik juga.

Aisyah: Keadaan baik? Mereka mesti bangun seawall lima pagi, dan bekerja keras sepanjang hari. Bagaimanakah itu dianggap keadaan yang baik?

Nora: Mereka mendapat gaji, dan juga ditetapkan sebuah rumah untuk tinggal dan makanan yang baik. Mereka dapat mandi setiap hari, tidak bekerja dalam kelaparan dan dapat katil untuk tidur setiap hari. Itu sudah bermakna keadaan baik.

Aisyah: Walau bagaimanapun, mereka masih perlu masa lain, yang boleh digunakan oleh mereka untuk berheat dan bersantai. Itu amat penting. Mereka membuat kerja yang berat dan melebihi masa bekerja pekerjaan lain. Mereka juga perlu berehat.

Nora: Jikalau mereka mahu berehat, mereka boleh berehat pada waktu malam. Mereka tidak memerlukan masa siang untuk berehat sahaja.

Aisyah: Bagaimana dengan kehidupan social mereka? Tentu mereka tidak boleh keluar dengan kawan-kawan pada waktu malam sahaja. Setiap pembantu rumah memerlukan sekurang-kurangnya satu hari rehat.

Nora: Mereka tidak datang ke Singapura untuk berkawan-kawan sahaja. Mereka datang ke Singapura untuk bekerja.

Aisyah: Bagaimana pula dengan kesihatan mereka? Ia tentu tidak sihat untuk bekerja sahaja sepanjang hari. Bayangkan jikalau seseorang pembantu rumah itu jatuh sakit kerana kepenatan. Kes seperti itu akan menimbulkan banyak masalah untuk majikan mereka.

Nora: Namun, terbaliknya, jikalau pembantu rumah menjaga orang tua, mereka tidak boleh mendapat hari cuti untuk rehat. Jikalau mereka tidak ada, kesihatan orang tua itu boleh terjejas. Oleh itu, mereka diperlukan untuk sentiasa bekerja.

Aisyah: Kes seperti itu memang susah untuk diselesaikan, tetapi pembantu rumah masih seorang manusia. Kesihatan mereka sepenting kesihatan orang lain. Masa rehat adalah sebuah keperluan, bukan sebuah kemahuan. Sebagai manusia, mereka mesti mendapatkan rehat yang cukup.

Nora: Pembantu rumah tidak semua berfikiran semacam itu, Aisyah. Bagi sesetengah pembantu rumah, mereka tidak perlu hari atau masa untuk berehat dan bersantai. Mereka mahu memperbaik kehidupan keluarga sahaja. Jikalau mereka tidak menerima gaji untuk hari yang dikorbankan oleh mereka, sudah tentu mereka mahu terus bekerja.

Aisyah: Pengorbanan mereka amat menyedihkan hati, tetapi suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan adalah bahawa walaupun mereka mungkin tidak memerlukannya, mereka masih mesti diberikan hari cuti.

Nora: Kenapa pula? Itu pilihan mereka, untuk bekerja atau berehat.

Aisyah: Tidak, itu pilihan negara. Jikalau Singapura mendapatkan imej yang menggambarkan bahawa kita berkelakuan zalim terhadap pembantu rumah, beberapa masalah social akan timbul. Pembantu rumah tidak akan mahu datang bekerja di sini, dan mungkin akan meminta gaji yang lebih tinggi.

Nora: Itu bukan masalah. Imej Singapura sekarang semakin baik dan menambah. Pada rasa saya, kita akan masih dapat pembantu rumah, walaupun ada kes seperti itu.

Aisyah: Ya, pada masa sekarang, Singapura mempunyai imej yang baik. Walau bagaimanapun, itu sesuatu yang tidak tetap. Kita mesti memberikan pembantu rumah masa berehat dan bersantai untuk memastikan yang imej kita tidak dikotorkan.

Nora: Kata-kata awak memang betul, tetapi saya rasa masa berehat dan bersantai boleh diberikan tanpa hari cuti yang khusus. Eh, kita habiskan sahaja perbincangan ini hari esok.



Nora cepat balik ke rumah, dengan pandangan baru yang lebih luas. Aisyah dan Nora kini lebih menyedari kesan jikalau tidak memberikan pembantu rumah hari untuk bercuti. Mereka kedua berjanji bahawa mereka akan berusaha untuk selalu melayan pembantu rumah mereka dengan baik, yang melalui kehidupan yang amat susah. Walaupun mereka mahu membantu mereka, mereka tidak boleh. Air pun ada pasang surutnya.


- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011 

Dialog


Dialog: Tekanan

Pelaku: Abdullah dan Syifa
Tempat: Bilik darjah
Masa: Sebelum waktu sekolah

Semua pelajar di kelas 4C sedang secepat-cepatnya menghabiskan kerja mereka, yang sebenarnya patut sudah disiapkan. Abdullah dan Syifa, pelajar-pelajar dari kelas itu yang rajin dan sudah menyiapkan kerjanya, hanya berdiam dan memerhatikan rakan-rakan sekelas mereka. Beberapa pelajar kelihatan amat risau, tergesa-gesa ke mana-mana, dan beberapa hampir menangis. Tugasan sekolah yang sedang disiapkan oleh mereka membentuk satu bahagian penting dalam keputusan mereka, dan mereka semua sangat tertekan. Abdullah dan syifa melihat rakan-rakan mereka dan mula berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh mereka, iaitu masalah tekanan.

Abdullah:     Kasihan hati saya terhadap rakan-rakan kita. Mereka semua kelihatan begitu tertekan. Tekanan itu sebuah emosi yang sangat negatif. Ia hanya memudaratkan dan menyusahkan diri.

Syifa:       Eh, janganlah bersikap begitu! Tekanan sebenarnya sesuatu yang baik. Ia membantu kita lebih berfokus dan membawa kejayaan.

Abdullah:     Tekanan hanya mengganggu diri kita dan menjejas fikiran dan emosi. Apabila kita tertekan, kita tidak boleh berfokus kerana berasa risau dan gementar. Oleh itu, seseorang itu tidak dapat menjalankan tugas-tugas seharian dengan sempurna.

Syifa:            Pada diri saya, tekanan hanya memberikan lebih fokus kepada minda kita. Ia memotivasikan diri untuk menyelsaikan tugasan secepat mungkin. Apabila saya tertekan, saya boleh berfikir dengan lebih mendalam dan cepat. Tambahan pula, ia membantu mempertingkatkan mutu kerja saya. Adrenalin itu membantu saya dengan membuat kerja.

Abdullah:    Itu memang betul, tetapi beberapa orang tidak boleh menghadapi tekanan dengan baik. Mereka berasa rendah diri dan malu. Lebih buruknya, beberapa orang mula menangis. Apabila mereka menangis, mereka tidak boleh memberi tumpuan kepada tugasan.

Syifa:           Ya, tetapi rakan-rakan mereka pasti akan membantu mereka. Juga, mereka boleh belajar daripada kesilapan itu. Tekanan mengelakkan mereka daripada menunda-nundakan kerja atau meleka-lekakan sesuatu tugasan yang diberikan. Kesilapan dan rasa malu itu akan membantu mereka pada masa hadapan.

Abdullah:     Bukan semua orang yang bersikap sebegitu. Beberapa orang tidak akan dapat berkongsi masalah mereka dengan teman-teman dan itu akan menjejas aspek-aspek lain di dalam hidup mereka. Jikalau mereka tertekan, mereka tidak boleh berkomunikasi dengan rakan-rakannya atau keluarga dengan baik.

Syifa:         Walau bagaimanapun, jikalau mereka tidak berputus asa dan tetap berusaha, mereka akan berjaya di akhirnya. Tekanan itu bukan sesuatu yang kekal selama-lamanya.

Abdullah:      Itu hanya jikalau mereka tidak berputus asa. Orang-orang yang terlalu tertekan mudah berputus asa. Ingat Hajar? Dia tertekan kerana pencapaian di sekolah semakin merosot dan akhirnya gagal dan membuat keputusan untuk berhenti sekolah. Kalau sikap seseorang sebegitu, bagaimana untuk berjaya?

Syifa:             Hmm.. Itu memang benar, tetapi itu hanya kes-kes yang terburuk. Kebanyakan orang bekerja lebih baik apabila tertekan. Apabila mereka terpaksa bekerja dalam situasi tertekan, mereka lebih fokus dan minda mereka di tahap yang tertinggi.

Abdullah:       Benarkah itu?

Syifa:          Ya, benar. Itu sebab kita mendapat keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan. Peperiksaan memberi tekanan, tetapi tekanan itu membantu kita lebih berfokus dan menghadapi peperiksaan dengan lebih baik.

Abdullah:      Itu hanya jikalau seseorang itu tidak dijejas kesihatan. Kesihatan ramai orang dijejas apabila mereka tertekan, dari segi fizikal. Mereka lebih muda jatuh sakit. Mereka juga boleh menghadapi masalah seperti sakit kepala, sakit perut dan juga boleh berasa loya.

Syifa:              Itu kes-kes yang keterlaluan sahaja. Kebanyakan orang lebih sihat.

Abdullah:     Tidak, ramai orang menghadapi masalah seperti itu. Awak pasti pernah berasa lemah apabila terlalu tertekan. Kelemahan itu boleh menjejas gaya pemakanan dan menyebabkan seseorang itu sakit.

Syifa:          Ya, saya pernah, tetapi itu tidak menyebabkan saya menjadi sakit. Itu hanya untuk masa singkat sahaja.

Abdullah:     Jikalau seseorang itu makan berlebihan kerana tertekan, mereka pasti akan memilih memakan makanan yang tidak menyihatkan untuk melegakan tekanan itu. Mereka enggan akan makan dengan betul dan itu akan menghampakan diri mereka sahaja.

Syifa:           Kes paling teruk; mereka akan jatuh sakit. Apa salahnya? Sakit itu akan mengajar mereka untuk lebih berdisiplin dan mengurus masa mereka dengan lebih baik.

Abdullah:  Benar apa yang Syifa katakan. Walau bagaimanapun, tekanan hanya memudaratkan kerana ada beberapa orang yang mengalami kes paling teruk; iaitu mereka mencedarakan diri mereka sendiri kerana tertekan.

Syifa:           Semua masalah itu hanya jikalau seseorang tidak tahu mengurus masa dengan baik. Jikalau seseorang pelajar belajar untuk mengatur jadual masa mereka dengan memberi keutamaan terhadap perkara yang penting dan perlu diselesaikan dengan segera, masalah itu tidak akan timbul.

Abdullah:        Jadual masa? Apa gunanya?

Syifa:             Jadual masa mengelakkan pelajar daripada bersikap malas dan membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jikalau seseorang menetapkan sebuah jadual masa, mereka akan lebih berfokus.

Abdullah:     Ya, itu memang sikap yang betul. Pada diri saya, saya medapat cukup tidur setiap hari dan memastikan semua tugasan sekolah dihabiskan sebelum saya bersembang di alam maya. Saya juga memakan makanan yang sihat sahaja, dan ketepikan masa untuk bersantai.

Syifa:           Keluarga seseorang dan kawan-kawan mereka juga merupakan bahagian yang amat penting dalam hidup seseorang dengan membamtu mereka menangani tekanan. Jikalau saya tertekan, saya selalu mendapat sokongan yang baik daripada keluarga. Tambahan pula, saya tahu saya boleh berbincang dan berkongsi masalah saya dengan kawan-kawan.

Abdullah:    Syifa, awak boleh berkongsi masalah dengan saya bila-bila masa. Jangan memendamkan perasaan; itu sikap yang memang buruk. Kita semua mesti tahu had-had kita dan tidak memikul terlalu banyak tanggungjawab.

Syifa:            Jangan lupa Abdullah, kita juga mesti mengetepikan masa untuk bersanti. Saya mengambil bahagian dalam kelas-kelas senaman setiap hari Sabtu.

Abdullah:       Cis, kalaulah terdapat tiga puluh enam jam di satu hari, semua orang tidak akan tertekan. Alangkah baiknya!

                Abdullah dan Syifa kini lebih menyedari tentang kebaikan dan keburukan tekanan itu terhadap diri seseorang. Mereka bersetuju bahawa kesan-kesan tekanan, kesan buruk dan baik tekanan, akibat terhadap watak seseorang dan cara-cara untuk menghadapi tekanan. Mereka kedua berjanji untuk lebih berusaha demi menghalang tekanan dari memudaratkan diri mereka, dan untuk lebih berdisiplin dan mengurus masa mereka dengan lebih baik. Dengan ini mereka harap akan dapat mengurangkan tekanan dan menjalani kehidupang yang lebih tenang dan teratur.

- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011

Surat Kiriman Rasmi


Asmad Binte Samad
Blok 132 Jalan Kenari
# 03 – 170
Singapura 650132

10 Julai 2011

Pegawai Perhubungan Awam
Consumers Association of Singapore (CASE)
170 Jalan Ghim Moh
# 05 – 01 Ulu Pandan Community Building
Singapura 279621

Tuan

Perkara: Aduan Terhadap Kualiti Barangan yang Telah Saya Beli dari Lelaman Web

            Saya selaku seorang pembeli barangan dari Internet ingin mengadukan tentang kualiti barangan yang telah saya beli. Lelaman yang sering saya langgani adalah “https://www.murahbaikbeli.com.sg”, sebuah lelaman yang amat terkenal di Singapura. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa kualiti barangan dari lelaman ini smeakni menurun, dan saya tidak berpuas hati dengan beberapa barangan yang telah saya pesa daripada lelamannya. Saya menulis surat ini supaya pihak tuan dapat mengetahui tentang hal ini dan menangani masalah tersebut secepat mungkin.

            Masalah-masalah yang telah saya hadapi dengan menggunakan lelaman ini adalah barangan yang dipesan mengambil masa yang lama untuk sampai; sepanjang dua minggu. Kualiti barangan itu juga tidak memuaskan kerana terdapat pelbagai kerosakan pada barnagan itu yang tidak dapat dilihat di dalam lelamannya. Rupa barangan di lelamannya tidak sama dengan rupa barangan sebenarnya.

            Sebuah kejadian yang mengecewakan berlaku kepada saya satu minggu yang lalu. Saya memesan sebuah beg tangan dari lelaman itu, yang dianggapkan akan sampai dalam masa dua hari. Rupa beg itu yang terdapat di dalam lelaman itu menunjukkan sebuah beg tangan yang berwarna merah dan dibuat daripada kulit ular. Walau bagaimanapun, beg itu hanya sampai selepas satu minggu, dan beg yang sampai itu tidak seperti yang dipamerkan. Warnanya merah jambu, dan begnya hanya dibuat daripada kain kapas. Juga, ada beberapa lubang di dalam begnya. Apabila saya cuba menelefon lelaman itu, saya mendapati yang nombor telefon itu salah. Oleh itu, saya perlu menulis surat ini untuk mengadu kepada pihak tuan tentang kualiti barangan daripada lelaman yang dimaksudkan.

            Beberapa perkara mungkin yang menyebabkan masalah ini. Pada pendapat saya, syarikat ini tidak mengemaskinikan lelaman mereka untuk masa yang panjang. Oleh itu, rupa barangannya bukanlah yang terbaru dan mungkin kualitinya menurun kerana tidak dijual untuk masa yang lama. Saya juga rasa informasi yang terdapat di dalam lelaman itu bukan yang terkini.

            Untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, saya telah menyiapkan beberapa saranan untuk menolong pihak tuan. Saranan yang pertama adalah untuk menghubungi syarikat ini dan menggalakkan mereka untuk mengemasikinikan lelaman web mereka. Dengan lelaman web yang lebih senang untuk digunakan dan juga mengandungi informasi yang terkini, masalah-masalah seperti yang saya telah hadapi boleh dielakkan. Pembeli-pembeli akan tahu apa yang dibeli oleh mereka sebelum membelinya dan oleh itu, akan lebih berpuas hati dengan barangan yang diterima oleh mereka.

            Saya juga rasa yang pihak tuan boleh memantau tahap lelaman web seperti ini dan memastikan yang semua mengandungi informasi yang terkini. Tambahan, pihak tuan patut menetapkan sebuah dasar pemulangan. Jikalau pembeli menerima barangan yang tidak memuaskan hati, mereka patut boleh memulangkan barangan itu dalam masa tiga hari. Sebuah dasar tukaran juga patut ditetapkan untuk mempertingkatkan imej syarikat-syarikat seperti ini kerana lebih ramai pembeli akan berpuas hati dengan barangan yang mereka beli itu.

            Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsi. Saya harap pihak tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan saya dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Jasa baik pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.
           
Sekian, terima kasih.

Yang benar
Asmah Binte Samad           
- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011

Surat Kiriman Rasmi


Asnah Binte Hamid
Blok 453 Jalan Kasih
# 03 – 170
Singapura 651453

17 Ogos 2011

Pegawai Perhubungan Awam
Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA)
31, Mount Vernon Road
Singapura 368054

Tuan

Perkara: Aduan terhadap Penganiayaan dan Kematian Kucing-Kucing Terbiar

          Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku seorang pemilik kucing yang tinggal di estet perumahan Bedok ingin membuat aduan. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa beberapa kucing menjadi mangsa aniaya dan keracunan. Kucing-kucing itu diberikan makanan dengan racun oleh penduduk-penduduk estet perumahan ini. Kucing-kucing yang mati juga diletakkan di mana-mana sahaja dan mengotorkan estet perumahan ini. Tambahan pula, saya mendapati bahawa beberapa kucing itu sebenarnya bukan kucing terbiar tetapi kucing peliharaan. Sebagai seorang pemilik kucing, insiden-insiden ini amat membimbangkan kepada diri saya kerana saya takut kucing saya akan dianiaya atau dibunuh.
          Saya mengetahui tentang masalah ini sebab sebuah insiden yang berlaku minggu lepas. Apabila saya sedang berjalan pulang ke rumah daripada sekolah, saya berjumpa lebih daripada tiga kucing terbiar. Kucing-kucing itu semua sudah dianiaya atau dibunuh, dan diletakkan di sisi tempat jalan. Seekor daripada mereka ditikam dan berlumuran darah.
          Penduduk-penduduk di estet perumahan ini sudah mengadu kepada pihak tuan beberapa kali untuk menangani masalah kucing-kucing terbiar ini. Kebanyakan kucing-kucing terbiar di estet perumahan ini semakin bertambah, dan kucing-kucing itu boleh dilihat di mana-mana sahaja. Ini menimbulkan beberapa masalah kerana kucing-kucing itu mengotorkan tempat sekeliling dengan najis. Kucing-kucing itu juga tidak bersih, dengan bulu yang kotor. Ini menyebabkan imej estet perumahan ini semakin menurun. Kucing-kucing itu juga mengganggu penduduk-penduduk estet perumahan ini kerana membuat bising pada waktu malam atau apabila mereka sedang mengawan.
          Beberapa penduduk di estet perumahan ini ialah pemilik kucing seperti saya. Mereka berasa kasihan terhadap kucing-kucing terbiar itu dan meninggalkan makanan di kolong blok untuk mereka. Walau bagaimanapun, makanan yang ditinggalkan ini menimbulkan lebih banyak masalah kerana jikalau ia tidak dimakan, ia mengundang lalat dan serangga. Adakalanya, makanan yang ditinggalkan itu juga tidak bersih atau tidak sesuai untuk dimakan kucing.
          Untuk melindungi kucing-kucing ini, pihak tuan mestilah mengambil tindakan. Perbuatan menganiaya kucing yang tidak berdosa ini amat kejam. Kucing-kucing ini mesti dianggap sebagai manusia juga – mereka tidak patut dianiaya atau dibunuh sahaja. Perbuatan seperti itu amat berdosa dan membentukkan masyarakat yang kejam dan tidak pedulikan binatang sahaja. Kita semua mesti berbaik hati terhadap semua binatang dan rasa belas insan terhadap mereka untuk membentukkan masyarakat yang berperikemanusiaan.
          Pada pendapat saya, masalah ini mesti diselesaikan dengan secepat mungkin. Oleh itu, saya menyiapkan beberapa saranan untuk membantu pihak tuan dengan menangani masalah yang mencemaskan ini. Saranan yang pertama saya adalah untuk menetapkan sistem rondaan untuk kawasan estet perumahan ini. Pihak tuan patut mengambil kucing-kucing liar yang terdapat di estet perumahan untuk dipelihara SPCA.
          Setelah mengambil kucing-kucing liar itu, pihak tuan boleh menawarkan mereka kepada orang lain yang mahu memelihara mereka. SPCA juga patut mengambil kucing-kucing yang baru dilahirkan dan tidak diingini oleh pemilik mereka. Notis boleh diletakkan di tempat awam untuk mempromosikan sistem ini kepada penduduk-penduduk estet perumahan ini. Jikalau semua kucing-kucing yang tidak diingini lagi menjadi peliharaan SPCA, kucing-kucing terbiar tidak akan lagi menimbulkan masalah.
          Kempen untuk menyayangi binatang juga boleh dianjurkan. Kempen seperti ini boleh menyampaikan mesej untuk menyelamatkan kucing-kucing liar dan menyayangi semua binatang bagi memastikan masyarakat tidak menjadi kejam dan jahat terhadap binatang. Dengan kempen itu, SPCA juga boleh lebih mempromosikan program-program mereka yang sedia ada.
          Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsi. Saya harap pihak tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan saya dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Jasa baik pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Asnah
Asnah Binte Hamid 

- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011