Dialog: Tekanan
Pelaku: Abdullah dan Syifa
Tempat: Bilik darjah
Masa: Sebelum waktu sekolah
Semua pelajar di kelas 4C sedang secepat-cepatnya menghabiskan kerja mereka, yang sebenarnya patut sudah disiapkan. Abdullah dan Syifa, pelajar-pelajar dari kelas itu yang rajin dan sudah menyiapkan kerjanya, hanya berdiam dan memerhatikan rakan-rakan sekelas mereka. Beberapa pelajar kelihatan amat risau, tergesa-gesa ke mana-mana, dan beberapa hampir menangis. Tugasan sekolah yang sedang disiapkan oleh mereka membentuk satu bahagian penting dalam keputusan mereka, dan mereka semua sangat tertekan. Abdullah dan syifa melihat rakan-rakan mereka dan mula berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh mereka, iaitu masalah tekanan.
Abdullah: Kasihan hati saya terhadap rakan-rakan kita. Mereka semua kelihatan begitu tertekan. Tekanan itu sebuah emosi yang sangat negatif. Ia hanya memudaratkan dan menyusahkan diri.
Syifa: Eh, janganlah bersikap begitu! Tekanan sebenarnya sesuatu yang baik. Ia membantu kita lebih berfokus dan membawa kejayaan.
Abdullah: Tekanan hanya mengganggu diri kita dan menjejas fikiran dan emosi. Apabila kita tertekan, kita tidak boleh berfokus kerana berasa risau dan gementar. Oleh itu, seseorang itu tidak dapat menjalankan tugas-tugas seharian dengan sempurna.
Syifa: Pada diri saya, tekanan hanya memberikan lebih fokus kepada minda kita. Ia memotivasikan diri untuk menyelsaikan tugasan secepat mungkin. Apabila saya tertekan, saya boleh berfikir dengan lebih mendalam dan cepat. Tambahan pula, ia membantu mempertingkatkan mutu kerja saya. Adrenalin itu membantu saya dengan membuat kerja.
Abdullah: Itu memang betul, tetapi beberapa orang tidak boleh menghadapi tekanan dengan baik. Mereka berasa rendah diri dan malu. Lebih buruknya, beberapa orang mula menangis. Apabila mereka menangis, mereka tidak boleh memberi tumpuan kepada tugasan.
Syifa: Ya, tetapi rakan-rakan mereka pasti akan membantu mereka. Juga, mereka boleh belajar daripada kesilapan itu. Tekanan mengelakkan mereka daripada menunda-nundakan kerja atau meleka-lekakan sesuatu tugasan yang diberikan. Kesilapan dan rasa malu itu akan membantu mereka pada masa hadapan.
Abdullah: Bukan semua orang yang bersikap sebegitu. Beberapa orang tidak akan dapat berkongsi masalah mereka dengan teman-teman dan itu akan menjejas aspek-aspek lain di dalam hidup mereka. Jikalau mereka tertekan, mereka tidak boleh berkomunikasi dengan rakan-rakannya atau keluarga dengan baik.
Syifa: Walau bagaimanapun, jikalau mereka tidak berputus asa dan tetap berusaha, mereka akan berjaya di akhirnya. Tekanan itu bukan sesuatu yang kekal selama-lamanya.
Abdullah: Itu hanya jikalau mereka tidak berputus asa. Orang-orang yang terlalu tertekan mudah berputus asa. Ingat Hajar? Dia tertekan kerana pencapaian di sekolah semakin merosot dan akhirnya gagal dan membuat keputusan untuk berhenti sekolah. Kalau sikap seseorang sebegitu, bagaimana untuk berjaya?
Syifa: Hmm.. Itu memang benar, tetapi itu hanya kes-kes yang terburuk. Kebanyakan orang bekerja lebih baik apabila tertekan. Apabila mereka terpaksa bekerja dalam situasi tertekan, mereka lebih fokus dan minda mereka di tahap yang tertinggi.
Abdullah: Benarkah itu?
Syifa: Ya, benar. Itu sebab kita mendapat keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan. Peperiksaan memberi tekanan, tetapi tekanan itu membantu kita lebih berfokus dan menghadapi peperiksaan dengan lebih baik.
Abdullah: Itu hanya jikalau seseorang itu tidak dijejas kesihatan. Kesihatan ramai orang dijejas apabila mereka tertekan, dari segi fizikal. Mereka lebih muda jatuh sakit. Mereka juga boleh menghadapi masalah seperti sakit kepala, sakit perut dan juga boleh berasa loya.
Syifa: Itu kes-kes yang keterlaluan sahaja. Kebanyakan orang lebih sihat.
Abdullah: Tidak, ramai orang menghadapi masalah seperti itu. Awak pasti pernah berasa lemah apabila terlalu tertekan. Kelemahan itu boleh menjejas gaya pemakanan dan menyebabkan seseorang itu sakit.
Syifa: Ya, saya pernah, tetapi itu tidak menyebabkan saya menjadi sakit. Itu hanya untuk masa singkat sahaja.
Abdullah: Jikalau seseorang itu makan berlebihan kerana tertekan, mereka pasti akan memilih memakan makanan yang tidak menyihatkan untuk melegakan tekanan itu. Mereka enggan akan makan dengan betul dan itu akan menghampakan diri mereka sahaja.
Syifa: Kes paling teruk; mereka akan jatuh sakit. Apa salahnya? Sakit itu akan mengajar mereka untuk lebih berdisiplin dan mengurus masa mereka dengan lebih baik.
Abdullah: Benar apa yang Syifa katakan. Walau bagaimanapun, tekanan hanya memudaratkan kerana ada beberapa orang yang mengalami kes paling teruk; iaitu mereka mencedarakan diri mereka sendiri kerana tertekan.
Syifa: Semua masalah itu hanya jikalau seseorang tidak tahu mengurus masa dengan baik. Jikalau seseorang pelajar belajar untuk mengatur jadual masa mereka dengan memberi keutamaan terhadap perkara yang penting dan perlu diselesaikan dengan segera, masalah itu tidak akan timbul.
Abdullah: Jadual masa? Apa gunanya?
Syifa: Jadual masa mengelakkan pelajar daripada bersikap malas dan membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jikalau seseorang menetapkan sebuah jadual masa, mereka akan lebih berfokus.
Abdullah: Ya, itu memang sikap yang betul. Pada diri saya, saya medapat cukup tidur setiap hari dan memastikan semua tugasan sekolah dihabiskan sebelum saya bersembang di alam maya. Saya juga memakan makanan yang sihat sahaja, dan ketepikan masa untuk bersantai.
Syifa: Keluarga seseorang dan kawan-kawan mereka juga merupakan bahagian yang amat penting dalam hidup seseorang dengan membamtu mereka menangani tekanan. Jikalau saya tertekan, saya selalu mendapat sokongan yang baik daripada keluarga. Tambahan pula, saya tahu saya boleh berbincang dan berkongsi masalah saya dengan kawan-kawan.
Abdullah: Syifa, awak boleh berkongsi masalah dengan saya bila-bila masa. Jangan memendamkan perasaan; itu sikap yang memang buruk. Kita semua mesti tahu had-had kita dan tidak memikul terlalu banyak tanggungjawab.
Syifa: Jangan lupa Abdullah, kita juga mesti mengetepikan masa untuk bersanti. Saya mengambil bahagian dalam kelas-kelas senaman setiap hari Sabtu.
Abdullah: Cis, kalaulah terdapat tiga puluh enam jam di satu hari, semua orang tidak akan tertekan. Alangkah baiknya!
Abdullah dan Syifa kini lebih menyedari tentang kebaikan dan keburukan tekanan itu terhadap diri seseorang. Mereka bersetuju bahawa kesan-kesan tekanan, kesan buruk dan baik tekanan, akibat terhadap watak seseorang dan cara-cara untuk menghadapi tekanan. Mereka kedua berjanji untuk lebih berusaha demi menghalang tekanan dari memudaratkan diri mereka, dan untuk lebih berdisiplin dan mengurus masa mereka dengan lebih baik. Dengan ini mereka harap akan dapat mengurangkan tekanan dan menjalani kehidupang yang lebih tenang dan teratur.
- Eri Aung (02) 11V11
27 Ogos 2011
0 comments:
Post a Comment