Ucapan

on Friday, August 26, 2011

Yang saya muliakan, Puan Shameen Nur, Pengetua Sekolah Maktab Rendah Bakti, para guru dan sekalian pelajar yang saya kasihi. Saya gembira dan beruntung kerana diberi kesempatan untuk memberi ucapan hari ini. Saya mengucapkan terimah kasih kepada guru saya, Cikgu Hajar, yang mengundang saya untuk menyampaikan sepatah dua kata tentang masalah-masalah yang dihadapi remaja kepada awak semua.

Pelajar sekalian,
          Persekitaran sosial pada zaman moden ini amat berbeza daripada persekitaran sosial dahulu. Kita semua tinggal di sebuah zaman yang amat canggih dan penuh dengan peluang-peluang. Dengan perkembangan teknologi, kita semua boleh mendapat maklumat tentang apa-apa sahaja dengan senang, dan hampir semua boleh dilakukan. Zaman ini yang begitu pesat memudahkan kehidupan kita semua dan membawa beberapa kebaikan. Walau bagaimanapun, ia juga menyebabkan keruntuhan akhlak remaja hari ini.

          Perkembangan teknologi membenarkan kita mendapat infomasi yang sepenuhnya dari mana-mana sahaja. Semua orang boleh menambahkan ilmu mereka dan menjadi pandai. Oleh itu, persekitaran sosial zaman ini amat kompetitif. Sejak usia yang kecil, remaja-remaja seperti kita semua mendapati bahawa untuk berjaya di dalam kehidupan, kita mesti bersaing dan mesti mencapai yang terbaik sahaja. Sikap bersaing ini menyebabkan segelintir remaja hanya mementingkan diri mereka sendiri. Mereka tidak peduli orang-orang lain, dan ini menyebabkan keruntuhan akhlak mereka.

Hadirin sekalian,
          Bila kali terakhir anda menilai watak seseorang tanpa mengenali mereka? Zaman ini sangat mementingkan kebendaan dan penampilan sahaja. Jikalau seseorang cantik, dia akan berjaya. Jikalau seseorang hodoh, dia pasti tidak berwatak baik dan akan dipulaukan. Sebenarnya, kita sebagai remaja-remaja hanya mementingkan penampilan. Seseorang akan lebih disukai jikalau dia mempunyai benda-benda yang berjenama. Perwatakan seseorang tidak bererti jikalau dia kaya atau cantik. Ini menyebabkan kita memulaukan orang yang miskin atau hodoh, dan perbuatan ini meruntuhkan akhlak kita.

          Zaman ini juga penuh dengan pelbagai jenayah dan tindakan yang buruk. Bila kali terakhir anda membaca sebuah surat khabar yang tidak mempunyai satu artikel pun tentang jenayah-jenayah? Dengan ramainya orang di dunia, ada ramai orang yang tidak begitu bersikap baik. Mereka mencuri, membuli atau membunuh sahaja, tanpa berasa dosa. Kita boleh melihat jenayah-jenayah berlaku di mana-mana sahaja. Ada rancangan televisyen tentang jenayah, ada buku tentang jenayah. Beberapa permainan komputer juga mengandungi babak-babak jenayah. Oleh itu, golongan remaja menjadi begitu terbiasa dengan jenayah-jenayah. Ini mempengaruhi olongan remaja-remaja untuk melakukan jenayah.

Pelajar yang dihormati,
          Media juga menyebabkan keruntuhan akhlak remaja hari ini. Media pada zaman ini tidak ditapis dan dipamerkan kepada ramai orang, termasuk remaja-remaja. Segelintir daripada kita, yang tidak berpendidikan, akan melihat media-media yang tidak ditapis dan membawa mesej yang negative dan akan mengikut perbuatan yang dipamerkan itu. Media-media yang tidak ditapis boleh mempengaruhi kita untuk melakukan perkara-perkara yang salah dan menyalahi nilai moral dan undang-undang.

          Sebagai remaja-remaja, kita semua mesti bertanggungjawab untuk mengekalkan akhlak kita. Walaupun persekitaran sosial kita penuh dengan mesej yang negatif dan boleh mempengaruhi kita untuk meruntuhkan akhlak kita, kita tidak seharusnya berputus asa dan mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. Jikalau kita semua berhati-hati apabila menikmati media dan tidak begitu kompetitif, kita akan menjadi remaja-remaja yang lebih insaf dan baik hati. Pada zaman ini, remaja-remaja seperti itu yang diperlukan.

          Dengan itu, saya akhiri ucapan saya. Saya berharap anda semua akan mempertimbangkan kata-kata saya dan mengubah cara kehidupan anda supaya akhlak kita tidak meruntuh.

          Sekian, terima kasih. 

- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011 

0 comments:

Post a Comment