Pelaku: Abdullah dan Syahindah
Tempat: Bilik darjah
Masa: Sementara waktu rehat
Abdullah dan Syahindah merupakan pelajar dari kelas yang sama dan juga sahabat yang erat seperti isi dengan kuku. Pada hari itu, guru darjah mereka memberitahu kelas bahawa sebuah ujian akan diadakan pada hari Selasa. Selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah, semua pelajar mula bergegas ke kantin untuk waktu rehat. Beberapa daripada mereka mula berbincang tentang kaedah mengulang kaji mereka. Abdullah dan Syahindah, yang tidak berasa lapar, ditinggalkan di kelas dan mula berbual-bual.
Abdullah: Eh, Syahindah, bagaimana dengan kajian awak? Awak berasa sedia untuk ujiannya? Pada pendapat saya, saya memerlukan lebih masa untuk menghabiskan kajian saya. Awak mahu mengulang kaji dengan saya?
Syahindah: Ya, saya juga memerlukan lebih masa untuk menghabiskan kajian saya. Di mana awak mahu mengulang kaji? Saya tidak boleh berfokus di rumah – adik saya tidak bersekolah dan amat bising.
Abdullah: Saya tidak boleh berfokus di rumah juga. Jiran-jiran saya sedang mengubah suai rumah mereka, dan tapak pembinaan itu sangat mengganggu. Bagaimana dengan restoran MacDonalds?
Syahindah: Awak mahu mengulang kaji di MacDonalds? Itulah sebuah restoran makanan segera. Kita tidak boleh mengulang kaji di sana!
Abdullah: Kenapa tidak boleh? Saya selalu mengulang kaji sebelum peperiksaan di restoran-restoran makanan segera. Restoran-restoran seperti itu tempat baik untuk mengulang kaji.
Syahindah: Ada ramai orang dari semua golongan masyarakat di restoran- restoran makanan segera. Bagaimana awak boleh berfokus? Mereka pasti tidak akan mengulang kaji seperti awak, dan akan berbual-bual dan membuat bising sahaja.
Abdullah: Itu hanya pada masa-masa hidangan. Sebenarnya, pada masa petang, tidak ada ramai orang di restoran-restoran makanan segera. Saya juga pergi kepada restoran-restoran di tempat yang tidak semakin sesak. Oleh itu, suasana restoran-restorannya tidak bising dan saya boleh berfokus.
Syahindah: Walau bagimanapun, susah untuk restoran-restoran seperti itu seluruhnya senyap sahaja. Tentu sesuatu akan mengganggu awak di tempat yang awam seperti itu. Keadaan itu, di mana semua orang tidak berfokus, tidak mendorong murid-murid untuk mengulang kaji.
Abdullah: Bukan, sebenarnya, restoran-restoran makanan segera sebuah tempat yang amat mendorong untuk murid-murid mengulang kaji. Saya pergi mengulang kaji dengan kawan-kawan beberapa hari, dan apabila semua kawan-kawan sedang berfokus, awak akan lebih mendorong untuk mengulang kaji dengan tumpuan sepenuhnya.
Syahindah: Itulah hanya jikalau kawan-kawan yang sedang awak mengulangkaji dengan mahu berfokus. Bagaimana jikalau mereka hanya mahu bermain-main sahaja?
Abdullah: Itu memang betul. Oleh itu, kita mesti memilih kawan-kawan untuk mengulang kaji dengan baik. Jikalau semua orang berfokus dan mengulang kaji, tentu semua akan mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan itu.
Syahindah: Mungkin restoran-restoran makanan segera benar-benar sebuah tempat yang mendorong untuk mengulang kaji tetapi bagaimana awak berada di situ untuk masa lama? Tentu pekerja di restoran- restoran tidak akan membenarkan awak hanya duduk mengulang kaji sahaja.
Abdullah: Kita tidak hanya menduduk sahaja! Untuk sekumpulan murid, kita memesan beberapa minuman dan berkongsi minuman itu. Dengan minuman itu, kita boleh duduk untuk beberapa jam. Apabila pekerja mereka meminta, kita boleh memesan lebih minuman. Dengan itu, kita boleh berada di restoran-restoran itu untuk masa lama.
Syahindah: Eh! Bagaimana boleh begitu? Awak akan menggunakan meja-meja restoran itu! Orang lain yang pergi untuk makan di restoran itu perlu meja.
Abdullah: Ada banyak meja-meja lain di mana mereka boleh duduk. Tambahan, kita hanya mengulang kaji di restoran-restoran seperti itu pada masa petang, dan tidak ada ramai pelanggan semasa itu.
Syahindah: Walau bagaimanapun, jikalau awak menggunakan semua mejanya dan restoran itu kelihatan sesak, tentu pelanggan tidak akan mahu makan di restoran itu? Awak hanya menjejaskan perniagaan restoran itu.
Abdullah: Pada pendapat saya, kita menolong restoran itu. Dengan kelihatan lebih pelanggan, orang-orang akan berpendapat yang restoran itu popular kerana makanan sedap dan akan lebih mahu makan di sana.
Syahindah: Itu bergantung kepada pelanggan-pelanggan sahaja. Jikalau awak berkata mengulang kaji di restoran-restoran makanan segera sebaik itu, saya akan mencubanya. Boleh kita mengulang kaji di MacDonalds Tampines pada hari Ahad?
Abdullah dan Syahindah kini lebih menyedari tentang kebaikan dan keburukan mengulang kaji di tempat awam seperti restoran-restoran makanan segera sebelum peperiksaan. Walaupun mengulang kaji di restoran-restoran seperti itu boleh mendorong, kedua mereka bersetuju bahawa mengulang kaji di rumah lebih mendorong. Mereka berusaha untuk tetap mengulang kaji dengan tumpuan penuh, di rumah atau di restoran-restoran makanan segera. Dengan ini mereka akan mendapat markah yang cemerlang untuk ujian itu, tidak kira tempat di mana mereka mengulang kaji.
- Eri Aung (02) 11V11
27 Ogos 2011
0 comments:
Post a Comment