Surat Kiriman Rasmi

on Friday, August 26, 2011

Asmad Binte Samad
Blok 132 Jalan Kenari
# 03 – 170
Singapura 650132

10 Julai 2011

Pegawai Perhubungan Awam
Consumers Association of Singapore (CASE)
170 Jalan Ghim Moh
# 05 – 01 Ulu Pandan Community Building
Singapura 279621

Tuan

Perkara: Aduan Terhadap Kualiti Barangan yang Telah Saya Beli dari Lelaman Web

            Saya selaku seorang pembeli barangan dari Internet ingin mengadukan tentang kualiti barangan yang telah saya beli. Lelaman yang sering saya langgani adalah “https://www.murahbaikbeli.com.sg”, sebuah lelaman yang amat terkenal di Singapura. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa kualiti barangan dari lelaman ini smeakni menurun, dan saya tidak berpuas hati dengan beberapa barangan yang telah saya pesa daripada lelamannya. Saya menulis surat ini supaya pihak tuan dapat mengetahui tentang hal ini dan menangani masalah tersebut secepat mungkin.

            Masalah-masalah yang telah saya hadapi dengan menggunakan lelaman ini adalah barangan yang dipesan mengambil masa yang lama untuk sampai; sepanjang dua minggu. Kualiti barangan itu juga tidak memuaskan kerana terdapat pelbagai kerosakan pada barnagan itu yang tidak dapat dilihat di dalam lelamannya. Rupa barangan di lelamannya tidak sama dengan rupa barangan sebenarnya.

            Sebuah kejadian yang mengecewakan berlaku kepada saya satu minggu yang lalu. Saya memesan sebuah beg tangan dari lelaman itu, yang dianggapkan akan sampai dalam masa dua hari. Rupa beg itu yang terdapat di dalam lelaman itu menunjukkan sebuah beg tangan yang berwarna merah dan dibuat daripada kulit ular. Walau bagaimanapun, beg itu hanya sampai selepas satu minggu, dan beg yang sampai itu tidak seperti yang dipamerkan. Warnanya merah jambu, dan begnya hanya dibuat daripada kain kapas. Juga, ada beberapa lubang di dalam begnya. Apabila saya cuba menelefon lelaman itu, saya mendapati yang nombor telefon itu salah. Oleh itu, saya perlu menulis surat ini untuk mengadu kepada pihak tuan tentang kualiti barangan daripada lelaman yang dimaksudkan.

            Beberapa perkara mungkin yang menyebabkan masalah ini. Pada pendapat saya, syarikat ini tidak mengemaskinikan lelaman mereka untuk masa yang panjang. Oleh itu, rupa barangannya bukanlah yang terbaru dan mungkin kualitinya menurun kerana tidak dijual untuk masa yang lama. Saya juga rasa informasi yang terdapat di dalam lelaman itu bukan yang terkini.

            Untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, saya telah menyiapkan beberapa saranan untuk menolong pihak tuan. Saranan yang pertama adalah untuk menghubungi syarikat ini dan menggalakkan mereka untuk mengemasikinikan lelaman web mereka. Dengan lelaman web yang lebih senang untuk digunakan dan juga mengandungi informasi yang terkini, masalah-masalah seperti yang saya telah hadapi boleh dielakkan. Pembeli-pembeli akan tahu apa yang dibeli oleh mereka sebelum membelinya dan oleh itu, akan lebih berpuas hati dengan barangan yang diterima oleh mereka.

            Saya juga rasa yang pihak tuan boleh memantau tahap lelaman web seperti ini dan memastikan yang semua mengandungi informasi yang terkini. Tambahan, pihak tuan patut menetapkan sebuah dasar pemulangan. Jikalau pembeli menerima barangan yang tidak memuaskan hati, mereka patut boleh memulangkan barangan itu dalam masa tiga hari. Sebuah dasar tukaran juga patut ditetapkan untuk mempertingkatkan imej syarikat-syarikat seperti ini kerana lebih ramai pembeli akan berpuas hati dengan barangan yang mereka beli itu.

            Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsi. Saya harap pihak tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan saya dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Jasa baik pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.
           
Sekian, terima kasih.

Yang benar
Asmah Binte Samad           
- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment