Surat Kiriman Rasmi

on Friday, August 26, 2011

Hasnita Bin Hassan
Blok 272 Jalan Cempaka
#03-590
Singapura 230272

28 Mac 2011

Pegawai Penyiastan
Bahagian Jenayah
Pusat Polis Kejiranan Taman Cempaka
25 Jalan Cempaka
Signapura 230225

Tuan

Perkara: Aduan Terhadap Kadar Jenayah di Estet Perumahan yang Semakin Meningkat

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku penduduk di estet perumahan Taman Cempaka yang ingin mengadukan kepada pihak tuan tentang kadar jenayah di estet perumahan ini. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa kadar jenayah ini semakin meningkat, dan ini menimbulkan pelbagai masalah dan kesan kepada penduduk-penduduk estet perumahan ini. Oleh itu, masalah kadar jenayah ini patut diselesaikan dengan segera.

                Masalah ini membentukkan sebuah isu yang amat serius terhadap keselematan dan kedamaian estet perumahan ini. Hanya minggu lepasnya, beg jiran saya diragut oleh seorang pencuri yang melarikan diri dengan sekurang-kurangnya satu ratus dolar. Tambahan pula, ini bukan sesuatu peristiwa yang jarang berlaku; ramai jiran-jiran saya sudah mengadu tentang kekurangan keselematan dan kadar jenayah yang tinggi di dalam estet perumahan ini.

                Masalah jenayah yang paling kerap berlaku adalah kes kecurian. Keseringan kes kecurian ini amat mencemaskan kerana kebanyakan penduduk di estet perumahan ini menjadi mangsanya. Ada banyak kes di mana seseorang pemuda yang biasanya berpakaian gelap meragut beg tangan atau menyeluk saku penduduk estet perumahan ini, lalu melarikan diri dengan pantas. Mangsa mereka biasanya di dalam golongan umur lima puluh ke tujuh puluh tahun, kerana penduduk-penduduk ini tua dan tidak boleh mengejar pencuri-pencuri ini.

                Pembukaan sekolah menengah baru di estet perumahan ini juga menimbulkan pelbagai masalah. Ramai pelajar-pelajar nakal suka berhimpun di kolong blok-blok estet perumahan ini untuk merokok, menghisap dadah dan merokok. Mereka juga suka menganggu penduduk-penduduk yang berlalu di situ, dan jikalau  mereka mabuk, boleh mula perlawanan-perlawanan ganas dengan remaja-remaja lain. Keganasan ini membahayakan persekitaran estet perumahan ini, kerana kumpulan pelajar-pelajar nakal ini tidak dapat diduga dan muda untuk membuatkan marah.

                Di samping itu, tapak pembinaan yang kedekatan dengan estet perumahan ini juga menimbulkan pelbagai masalah. Pekerja-pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan itu selalunya berlegar-legar di kawasan sekolah dan sekelilinginya dan ada kes di mana pekerja-pekerja ini mencabul kehormatan wanita-wanita yang berjalan kesatuan di sana. Pelajar-pelajar sekolah menengah itu juga mengadu tentang pekerja-pekerja asing ini yang suka menganggu pelajar-pelajar perempuan apabila mereka berjalan balik ke rumah.

                Sebuah lagi masalah yang pihak tuan perlu diberitahu tentang adalah vandalisme di estet perumahan ini. Di banyak tempat-tempat awam, seperti kolong blok dan taman permainan, pemuda-pemuda menggunakan cat sembur untuk mengecat kekasaran kepada dinding. Tambahan pula, terdapat kes di mana remaja-remaja yang nakal pergi mengecat kekasaran kepada pintu rumah penduduk di estet ini. Penjenayah itu juga memecahkan tingkap-tingkap dan menconteng kereta-kereta yang diletak di estet perumahan ini.
                Antara kesan-kesan masalah ini terhadap penduduk-penduduk estet perumahan ini ialah penduduk-penduduk tidak berasa selamat berjalan di kawasan-kawasan tempat rumah mereka, yang juga divandalisme oleh kumpulan pemuda-pemuda yang suka menganggu mereka. Penduduk-penduduk juga perlu berhati-hati di mana-mana sahaja, dan selalu tinggal dalam risiko.

                Untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, saya menyiapkan beberapa saranan untuk membantu pihak tuan dengan masalah ini. Saranan pertama saya adalah untuk menubuhkan kamera kawalan keselamatan di seluruh kawasan estet perumahan ini. Kamera-kamera ini akan menghalang remaja-remaja nakal daripada membuat bising atau menganggu penduduk-penduduk dan juga akan membantu pihak tuan menangkap pencuri-pencuri kerana mereka boleh dikenali oleh gambar.

                Saya juga berpendapat bahawa pihak tuan boleh membuat rondaan estet perumahan ini untuk memastikan kumpulan pemuda-pemuda atau pelajar-pelajar tidak berhimpun dan membuat bising. Dengan membuat rondaan, saya berharap pihak tuan boleh mengurangkan kes vandalisme di estet perumahan ini juga kerana pesalahnya boleh ditangkap dengan cepat. Pihak tuan juga boleh mendenda penjenayah-penjenayah ini yang membuat nakal untuk menghalang mereka daripada membuatnya lagi.

                Selain itu, pihak tuan juga boleh berbincang dengan pihak sekolah menengah itu dan penyelia pekerja-pekerja asing untuk memastikan sebuah perjanjian tentang hukuman pesalahnya dan langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil.

                Di samping itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan kursus pendidikan untuk pelajar-pelajar sekolah itu dan pekerja-pekerja asing tentang salahnya berjenayah. Kursus ini boleh membuat mereka lebih sedar terhadap bahaya-bahaya dan hukuman-hukuman berjenayah dan mungkin akan mengurangkan kadar jenayah di estet perumahan ini.

                Saya berharap pihak tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan yang saya telah dikemukakan dan menggunakan jikalau perlu. Dengan itu, saya harap pihak tuan akan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah kadar jenayah di estet perumahan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar


Hasnita Bin Hassan

- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011
               


0 comments:

Post a Comment