Dialog

on Friday, August 26, 2011
Pelaku: Shameen dan Amirah

Tempat: Bilik darjah

Masa: Semasa waktu rehat



Kelas 2D adalah hampir kosong. Kebanyakan pelajar-pelajar telah bergerak ke kantin untuk waktu rehat, kecuali Amirah dan Shameen. Amirah sedang mengemas begnya kerana dia perlu meninggalkan sekolah awal, untuk pelantikan dengan seseorang doktor. Shameen, sahabat karinya, sedang membantunya mengemas kepunyaannya. Shameen, yang jarang sekali pergi ke doktor-doktor, mula berbincang dengan Amirah tentang kebaikan jenis-jenis perubatan yang berbeza.



Shameen: Amirah, kenapa awak perlu meninggal sekolah awal hari ini?

Amirah: Oh, saya ada pelantikan dengan doktor keluarga saya. Ibu saya takut saya jatuh sakit kerana hari-hari sekolah amat panjang. Dia mahu doktor kita mempreskripsikan perubatan untuk menenangkan badan dan minda saya.

Shameen: Eh, kenapa perlu doktor? Jikalau saya jatuh sakit, ibu saya menggunakan perubatan alternatif sahaja.

Amirah: Perubatan alternatif? Apa itu?

Shameen: Perubatan alternatif adalah perubatan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Contohnya macam aromaterapi dan akupunktur. Awak tidak mengalaminya?

Amirah: Tidak, saya hanya pergi ke doktor-doktor untuk perubatan. Perubatan alternatif seperti itu tidak boleh dipercayai; ia tidak selamat.

Shameen: Perubatan alternatif itu sebenarnya amat selamat. Ia lebih selamat daripada perubatan moden dan saintifik! Kerana bahan-bahannya dari alam semula jadi dan tidak menggunakan dadah, perubatan alternatif tidak menyebabkan kesan sampingan dan sesuai untuk semua orang.

Amirah: Itu memang benar, tetapi perubatan moden dan saintifik dibuktikan dengan eksperimen saintifik, dan sudah pasti benar mencegah dan menyembuhkan penyakit. Perubatan alternatif tidak mempunyai kebuktian seperti itu. Ia juga diberikan oleh orang-orang yang mempunyai pakar yang tinggi seperti doktor.

Shameen: Ya, tetapi itu mengecualikan orang-orang yang tidak mempunyai pakar tinggi dari menggunakan perubatannya. Perubatan alternatif lebih baik, kerana ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia mudah diperolehi dan mudah digunakan. Tambahan pula, ia tidak mahal.

Amirah: Jikalau sesiapa sahaja boleh menggunakan perubatan alternatif, perubatan itu akan bahaya. Orang-orang yang tidak tahu perubatannya dengan dalam akan mudah membuat kesilapan. Perubatan moden dan saintifik jarang menyebabkan kesilapan atau kemalangan.

Shameen: Perubatan moden dan saintifik melanggar etika hukum alam. Ia mengorbankan binatang untuk membuktikannya, dan oleh itu, tidak menyelamatkan bumi. Perubatan alternatif, dengan bahan-bahan semula jadinya, tidak merosakkan bumi.

Amirah: Perubatan moden dan saintifik ada kebaikan juga. Walaupun binatang-binatang dikorban untuk membuktikannya, perubatannya boleh menyembuhkan penyakit-penyakit serius dan menyelamatkan kehidupan seseorang. Walaupun perubatan alternatif lebih baik untuk bumi, ia tidak boleh menyembuh penyakit serius.

Shameen: Ya, perubatan alternatif tidak boleh menyembuh penyakit serius, tetapi ia boleh mencegah penyakit seperti itu. Bahan-bahannya boleh dimakan, dan oleh itu, perubatannya boleh diambil dengan kerap untuk memperkuatkan sistem ketahanan tubuh seseorang. Pada pendapat saya, pencegahan lebih baik daripada perubatan.

Amirah: Itu memang benar, tetapi perubatan alternatif tidak terbuka kepada semua budaya dan agama. Ada agama-agama tertentu yang mempercayai bahawa perubatan alternatif tidak selamat untuk diri mereka, dan oleh itu, perubatan alternatif amat eksklusif.

Shameen: Kedua-dua perubatannya ada kebaikan dan keburukan. Pada pendapat saya, seseorang pasti mencuba kedua-duanya dan selepas itu, memilih perubatan yang lebih sesuai untuk dirinya.

Amirah: Itu memang sikap yang betul. Eh, maaf, saya mesti pergi untuk pelantikan saya dengan doktor! Jumpa lagi!



Amirah dan Shameen kini lebih menyedari tentang kebaikan dan keburukan jenis-jenis berbeza perubatan terhadap diri seseorang. Walaupun mereka kedua suka perubatan yang berbeza, mereka bersetuju bahawa kedua-dua perubatannya berguna dan mesti ditetapkan di masyarakat kita. Untuk menggalakkan mereka dari keperluan perubatan ini, mereka juga bersetuju untuk hidup dengan lebih sihat.

- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment