Dialog

on Friday, August 26, 2011

Pembetulan



Pelaku 1: Aisyah

Pelaku 2: Nora

Masa: Tiga petang

Tempat: Rumah Aisyah



Aisyah dan Nora merupakan sahabat yang erat. Mereka baru habis menyiapkan sebuah projek sekolah tentang pekerjaan-pekerjaan yang warga asing biasa dapat apabila mereka datang ke Singapura. Pekerjaan yang paling popular dalam golongan perempuan adalah sebagai seorang pembantu rumah. Walaupun pekerjaan ini kelihatan senang, ramai pembantu rumah menghadapi masalah mendapatkan hari cute. Aisyah dan Nora berasa hairan dan mula membincangkannya.



Aisyah: Kasihan, perempuan ini. Mereka hanya mahu mempertingkatkan standard hidup keluarga mereka, tetapi dihukum dengan masa bekerja yang amat panjang serta meletihkan. Tambahan pula, ada majikan yang tidak membenarkan mereka bercuti. Cis, majikan yang jahat seperti itu menyebabkan kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pembantu rumah.

Nora: Eh, kenapa Aisyah berfikir semacam itu? Pembantu rumah tidak memerlukan masa rehat. Mereka patut gembira dan berterima kasih kerana mempunyai pekerjaan! Ramai orang yang tidak ada pekerjaan, dan mereka sudah mendapatkannya, dengan keadaan baik juga.

Aisyah: Keadaan baik? Mereka mesti bangun seawall lima pagi, dan bekerja keras sepanjang hari. Bagaimanakah itu dianggap keadaan yang baik?

Nora: Mereka mendapat gaji, dan juga ditetapkan sebuah rumah untuk tinggal dan makanan yang baik. Mereka dapat mandi setiap hari, tidak bekerja dalam kelaparan dan dapat katil untuk tidur setiap hari. Itu sudah bermakna keadaan baik.

Aisyah: Walau bagaimanapun, mereka masih perlu masa lain, yang boleh digunakan oleh mereka untuk berheat dan bersantai. Itu amat penting. Mereka membuat kerja yang berat dan melebihi masa bekerja pekerjaan lain. Mereka juga perlu berehat.

Nora: Jikalau mereka mahu berehat, mereka boleh berehat pada waktu malam. Mereka tidak memerlukan masa siang untuk berehat sahaja.

Aisyah: Bagaimana dengan kehidupan social mereka? Tentu mereka tidak boleh keluar dengan kawan-kawan pada waktu malam sahaja. Setiap pembantu rumah memerlukan sekurang-kurangnya satu hari rehat.

Nora: Mereka tidak datang ke Singapura untuk berkawan-kawan sahaja. Mereka datang ke Singapura untuk bekerja.

Aisyah: Bagaimana pula dengan kesihatan mereka? Ia tentu tidak sihat untuk bekerja sahaja sepanjang hari. Bayangkan jikalau seseorang pembantu rumah itu jatuh sakit kerana kepenatan. Kes seperti itu akan menimbulkan banyak masalah untuk majikan mereka.

Nora: Namun, terbaliknya, jikalau pembantu rumah menjaga orang tua, mereka tidak boleh mendapat hari cuti untuk rehat. Jikalau mereka tidak ada, kesihatan orang tua itu boleh terjejas. Oleh itu, mereka diperlukan untuk sentiasa bekerja.

Aisyah: Kes seperti itu memang susah untuk diselesaikan, tetapi pembantu rumah masih seorang manusia. Kesihatan mereka sepenting kesihatan orang lain. Masa rehat adalah sebuah keperluan, bukan sebuah kemahuan. Sebagai manusia, mereka mesti mendapatkan rehat yang cukup.

Nora: Pembantu rumah tidak semua berfikiran semacam itu, Aisyah. Bagi sesetengah pembantu rumah, mereka tidak perlu hari atau masa untuk berehat dan bersantai. Mereka mahu memperbaik kehidupan keluarga sahaja. Jikalau mereka tidak menerima gaji untuk hari yang dikorbankan oleh mereka, sudah tentu mereka mahu terus bekerja.

Aisyah: Pengorbanan mereka amat menyedihkan hati, tetapi suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan adalah bahawa walaupun mereka mungkin tidak memerlukannya, mereka masih mesti diberikan hari cuti.

Nora: Kenapa pula? Itu pilihan mereka, untuk bekerja atau berehat.

Aisyah: Tidak, itu pilihan negara. Jikalau Singapura mendapatkan imej yang menggambarkan bahawa kita berkelakuan zalim terhadap pembantu rumah, beberapa masalah social akan timbul. Pembantu rumah tidak akan mahu datang bekerja di sini, dan mungkin akan meminta gaji yang lebih tinggi.

Nora: Itu bukan masalah. Imej Singapura sekarang semakin baik dan menambah. Pada rasa saya, kita akan masih dapat pembantu rumah, walaupun ada kes seperti itu.

Aisyah: Ya, pada masa sekarang, Singapura mempunyai imej yang baik. Walau bagaimanapun, itu sesuatu yang tidak tetap. Kita mesti memberikan pembantu rumah masa berehat dan bersantai untuk memastikan yang imej kita tidak dikotorkan.

Nora: Kata-kata awak memang betul, tetapi saya rasa masa berehat dan bersantai boleh diberikan tanpa hari cuti yang khusus. Eh, kita habiskan sahaja perbincangan ini hari esok.



Nora cepat balik ke rumah, dengan pandangan baru yang lebih luas. Aisyah dan Nora kini lebih menyedari kesan jikalau tidak memberikan pembantu rumah hari untuk bercuti. Mereka kedua berjanji bahawa mereka akan berusaha untuk selalu melayan pembantu rumah mereka dengan baik, yang melalui kehidupan yang amat susah. Walaupun mereka mahu membantu mereka, mereka tidak boleh. Air pun ada pasang surutnya.


- Eri Aung (02) 11V11 
27 Ogos 2011 

0 comments:

Post a Comment